Monday, 3 April 2017

Pantun seloka 5 Dinamik 2016 SMKTSWKL


Salam 5 Dinamik pembuka cerita,
  Kelas terbising di SMK Taman Setiawangsa,
Pelbagai ragam dan juga bicara,
  Buat tatapan dikongsi bersama.

Kelas ini mempunyai 33 penghuni,
  21 puteri dan 12 putera,
Pelbagai kerenah dan juga aksi,
  Seloka ini ada jalan ceritanya.

Diberi tugas oleh sang utusan,
  Kuasa pemarah jangan disangka tiada,
Boleh duduk berbincang dan berurusan,
  Puan Noorul Huda si empunya nama.

Aman Be.I si ketua tingkatan,
  Seorang yang jujur dan amanah,
Bersama penolong kerja diselesaikan,
  Siapa lagi kalau bukan Afifah.

Bajet comel Farah Nurul Atikah, 
  Ketua menyakat jawatan disandang,
Tutur kata penuh berhemah,
  Segala arahannya usah ditentang.

Anis Nabisha gadis idaman,
  Sekali pandang macam cina,
Jangan sesiapa ajak berteman,
  Nanti kena tengking pula.

Sungguh tinggi si Elyasaq ini,
  Bajet kuat sepanjang masa,
"Haih rugilah si isteri nanti",
  Setelah mengenali perangai nakalnya.

Khairul Syafiq berwajah berseri,
  Bila melawak nampak semua gigi, 
Amizol pula pelajar mithali,
  Menyimpan hasrat untuk ke Universiti.

Nurul Aiza mahupun Danial si misteri,
  Dalam kelas terpinga-pinga,
Entahkan apa yang mereka fahami,
  Semua yang diajar diangguk sahaja.

Nik Anis berkawan dengan Afrina,
  Pelbagai aksi dan juga ragamnya, 
Selalu membantah dan bersuara,
  "Haih apa lagi yang tak kena".

Yasmin seorang yang rajin membaca,
  Hani Najwa tumpang sekaki,
Pelbagai buku di atas meja,
  Itulah mereka si bijaksana yang hakiki.

Khairunnisa dan Siti Suraya, 
  Sekali pandang macam adik-beradik,
Ketika belajar jarang bersuara, 
  Setiap hari diam tanpa diusik.

Ameerul Hakeem gerangan orangnya,
  Tidur dalam kelas sepanjang masa,
Azizi pula lain ceritanya,
  Dahulu pemalas kini menjadi bijaksana.

Bahkan Hiddayah mahupun Huda,
  Nampak serius ketika belajar, 
Buku diapit ke mana saja,
  Demi mencapai impian yang dikejar.

Noor Iqhmal aktif bersukan,
  Mewakili sekolah pelbagai acara,
Berbeza pula ceritanya dengan si Eizlan,
  Setiap hari petah berbicara.

NurAin dan Nurul Ain lain pula ceritanya,
  Tidak seiras tetapi namanya serupa,
Yang seorang comel berkaca mata,
  Seorang lagi cantik paras rupa.

Berbahasa Inggeris seulas bicara, 
  Dialah Zahirah petah berkata,
Sesiapa mendengar pasti ternganga,
  Silap gaya terjatuh kerusi pula.

Natasha dan juga Syuhada,
  Ibarat belangkas sentiasa bersama,
Membuat gosip bukanlah mereka,
  Tiada mereka kelas ini sunyi rasanya.

Si kacak ini berbeza pula ceritanya,
  Sentiasa tampan di mata saya,
Bila ketawa comel juga,
  Itulah dia Umar orangnya.

Dalam kelas dia jarang berbicara,
  Itulah dia Amelia Elena,
Walaupun berbeza agama dan bangsa,
  Devika tetap sahabat kami selamanya.

'Telur' merupakan panggilan manjanya,
  Nurul Shazreen gerangan orangnya,
Sebutan 'R' menjadi kesukarannya,
  Wahai Syafiqah redha lah usah dipaksa.

Tiada makanan tiadalah gerangannya,
  Apabila lapar pasti meracau,
Bahasa Inggeris makanan ulamnya,
  Itulah Abdul digelar si pengacau.

Sudah lama aku berseloka,
  Tibalah masanya aku perkenalkan diri,
Jangan terasa apabila aku berseloka,
  Muhammad si pencerita yang terpuji.

Inilah kisah seloka kelasku,
  Ragam mereka buatku ketawa,
Sekali terusik menusuk kalbu,
  Harapnya semua akan berjaya.

Love u guys... 💕💕💕


Muhammad,
5 Dinamik 2016 SMKTSWKL... ✌

4 comments: